ALWAYS BE IN MY HEART

Tuesday 12 November 2013

RESEPI APAM POLKA DOT

Hai semua!! (macam ramai je yg nk baca, hahaha prasan! ;p)

ekceli me bukak belog ni adalah untuk berkong si resepi dan nasihat utk kalian....(nasihat dan peringatan ni adalah untuk diri me juga...sama2 kita prihatin dan ingat mengingati....

oke lah...

HERE WE GO!



Ha....see! teruja x korang tgk ledibed tuh?? wana wani, kaler2...best kn?? sedap di mata, sedap juga utk dimakan...erm...yummy! slurrpppp..... ;))


APAM POLKA DOT

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur - dari peti sejuk gred A
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya ( nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak

 
itu lah resepinya.....
slamat mencuba!!

** Me pun tgh counting day utk menggigihkan diri nk cuba apam polka dot ni...tp ntah bila la ada masa yg "sesuai".....

** alahaiiiii.......

No comments:

Post a Comment