haaa...tu dia macaroon, see! meriah n colorful sgt, saya suka saya suka! ;p
Sebelum kita nak mulakan untuk membuat pastikan semua bahan dlm keadaan kering.
Serbuk almond tu pastikan dalam keadaan kering. Kalau ia macam lembab aje kita
keringkan sekejap dalam oven, tapi jangan sampai terhangus pulak. Ok kalau
takut terhangus jemur sekejap kat bawah matahari biar ia kering.
MACAROON
80g putih telur - suhu
bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna
Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok
untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu
guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan
tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.
Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas
dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas
kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas
dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau
kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna
kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn
air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2
ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu.
Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2
Dalam bekas lain kita
pukul putih telur hingga kembang seperti gambar dgn menggunakan mixer dan
berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil
terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk seperti
gambar 1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan
sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak
jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan
terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh
bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Langkah 3
Masukkan adunan tadi
kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas
minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg
terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd
berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih
kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh
permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - ita
cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana
nanti macarons pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan
macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!
Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Saya suka letak Nutella sedap!
No comments:
Post a Comment