ALWAYS BE IN MY HEART

Tuesday, 26 November 2013

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND


Kaedah membuat biskut ini sangat mudah kerana ia di sediakan dengan tepung yang khas. Tepung florenta ni anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Masa ita beli harganya RM19 satu bag yang beratnya 500gm. Kalau anda nak buat berniaga boleh dapat dalam harga RM 16 satu bag tapi kenalah beli dalam kuantiti yang banyak iaitu satu kotak yang kalau tak silap ita ada 6 bag didalamnya.


Ini pula adalah bahan lain yang kita perlukan. Badam keping, kuaci hitam dan bijan. Anda boleh juga guna biji bunga matahari jika suka. 

Kerana bahan-bahan ini mahal tak hairanlah biskut ini dijual dengan harga yang sangat mahal. 1 kotak yang berukuran 12 x 24 di jual pada harga RM 45 sekotak pada hari raya tahun lepas, tahun ini tak taulah pula berapa harganya memandangkan harga barang yang dah melambung-lambung naiknya..

Ada juga yang diletakkan dalam jar. Jar yang biasa kita buat cake in jar tu.. harganya pula RM 25 satu jar.. aduh..!! tak tertelan rasanya. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata nak membelinya kan..
 

Oleh itu saya cadangkan bagi mereka yang keluarga ramai, lebih elok buat sahajalah sendiri untuk makan sekeluarga. Satu bag tu boleh buat 2 kali sebenarnya tapi ia tak dapat banyak.. bak kata orang Johor tak muai.. Tapi kalau nak makan ita cadangkan buat sahajalah kerana cara buatnya yang cukup mudah dan ringkas.

Biskut ini hendaklah di bakar dalam loyang 14x14 inc. Loyang pula hendaklah di alas dengan kertas kek bukan kertas minyak ya sebab nanti ia melekat. Kertas kek tu ada jual di kedai kek 1 gulung harganya RM 12 ringgit kalau di JB di tempat lain ita tak pasti. Kertas ni kita boleh guna semula, ianya boleh dicuci dan diguna semula.
Selepas biskut dimasak ia hendaklah terus dipotong ketika ia masih panas-panas, kalau lewat dan ia dah sejuk.. alamatnya memang tak boleh potong lagilah.. patah-patahkan ajelah.. jawabnya.
Ita potong dengan pisau aje.. tapi ada rakan-rakan yang cadang guna pemotong pizza.. ikut lah kesesuaian.. Ukuran memotong tu terpulanglah pada kita nak potong besar atau kecil.

Jom kita intai-intai cara membuatnya




FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan :
Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Boleh juga di bakar dalam magic pan HiG
 
 

Sunday, 24 November 2013

BISKUT CREAM CHEESE


gmbr ehsan dr Cik Epal...tkaseh cik epal...
 
 
BISKUT CREAM CHEESE

BAHAN – BAHAN :

Cream Cheese –  250gm 1 Paket  (Bajet RM8.00)

Biskut Hup Seng Deluxe Cracker – 1 Paket  (RM5.00)

Susu Dutch Lady Low Milk / Full cream – 1 botol (RM5)

Susu Pekat F&N – 1 Tin (RM3)

Nestum – 1 Paket (RM5)

Cara2 :

Mixer kan Cream Cheese dengan Susu Pekat (susu guna separuh tin je, depends la kalo nk manis, guna la lebih)

Susu Dutch Lady low milk di tuang ke dalam bekas kemudian rendamkan biskut dalam bekas susu tadi,

Jangan rendam terlalu lama (cukup sekadar  sekejap saja-jgn smpai lembik) , letakkan biskut yg telah direndam itu dalam loyang, kemudian lapis kan dengan cream cheese yg telah diblend tadi, kemudian tabur kan dgn nestum, kemudian ulangi langkah tersebut sehingga beberapa layer. (terpulang kepada anda untuk buat tinggi mane, mcm KLCC pun boleh…J )

Sesudah itu, blhla masukkan dlm freezer…Makan masa sejuk lebih sedap…

Ermmmm….dap errr…. J

Kredit utk cik fariza sbb mg resepi yg sgt mudah+sedap, resepi mcm ni la yg saya crik, senang, cepat dan mudah! Ekceli saya xde oven nk kene bakar2 bagai…jd kalo resepi cenggini, mmg mcm mengantuk disorong bantal la jawabnya! J J

 

 

Friday, 22 November 2013

CARA-CARA NAK BUAT MACAROON


haaa...tu dia macaroon, see! meriah n colorful sgt, saya suka saya suka! ;p

 
Sebelum kita nak mulakan untuk membuat pastikan semua bahan dlm keadaan kering. Serbuk almond tu pastikan dalam keadaan kering. Kalau ia macam lembab aje kita keringkan sekejap dalam oven, tapi jangan sampai terhangus pulak. Ok kalau takut terhangus jemur sekejap kat bawah matahari biar ia kering.
 
MACAROON

 
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A

65g gula castor

 
80g serbuk almond

140g gula icing

pewarna

 

Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.
Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu.

Langkah 1



Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan

Langkah 2


Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!


Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.


Langkah 3

Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

Langkah 4


Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.

Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar

Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.


Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.

Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!


Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Saya suka letak Nutella sedap!

COLORFUL MARBLE CAKE




bahan bahan:
  • cawan mentega/margerin
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung (nk pakai tepung biasa blh, self raising blh atau tpg biasa tambah bp pun blh)
  • pewarna dan perasa ikut suka
Cara cara:
  1. putar mentega bersama gula sampai kembang
  2. kemudian masukkan telur satu persatu
  3. lepas tu bolehlah masukkan tepung
  4. bahagikan adunan kepada 3 bekas. Setiap satu letakkan pewarna dan perasa yang digemari. Cth: kaler oren, perisa oren.Kalau xnak letak perasa, letak esen vanilla pun boleh aje.
  5. Sapukan loyang dengan margerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang. cthnya : mula2 letak sesudu kaler oren, pastu letak sesudu kaler coklat diatas kaler oren tadi, lapis mcm tu je. Hasilnya akan jadi mcm kek saya di atas. x perlu kacau pakai lidi. just letak sesudu demi sesudu kedalam loyang hingga habis.
  6. kemudian blh dibakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit.

Sunday, 17 November 2013

BUBUR PULUT HITAM


 Meh la layan mata, dessert kegemaran saya ni. Memang minat sungguh saya kalau dgn Bubur Pulut Hitam ni, mengatasi Bubur Kacang walaupun diletakkan durian, buah pebretnya tu. Anak dara pun dah terikut sama, sukakan Bubur Pulut Hitam. Kebetulan dlm freezer ada aiskrim, jadi K.Nor letak jer la dlm Bubur Pulut Hitam ni. Makin bertambah sedap ler, bila ngap Bubur Pulut Hitam yg disulami dgn aiskrim ni. Sebab tu K.Nor bagi nama BUBUR PULUT HITAM SPECIAL Dah ada yg try buat gini tak sebelum ni? Idea letak aiskrim ni datang spontan jer ya.. Rasanya tak pernah tengok lg kat mana2 blog atau page di fb yg buat gini. Kalau ada, sori la.. mmg secara kebetulan la ni.. 
 

Kalau nak buat Bubur Pulut Hitam menggunakan resipi sendiri atau resipi yg dah biasa cuba pun tak ada masalah.. Cuma letakkan 1 -2 scoop aiskrim dlm mangkuk bubur yg nak dihidangkan tu... Lepas tu, nikmatilah keenakkan dessert tradisional yg di upgradekan sket ni hehe

 

BUBUR PULUT HITAM SPECIAL 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :

1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
aiskrim secukupnya

Cara:

Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Biarkan bubur suam2 sedikit, kemudian isikan ke dalam mangkuk hidangan.
Letakkan 1 - 2 sudu/scoop aiskrim diatasnya.
Sedia utk dinikmati...

Wednesday, 13 November 2013

TIRAMISU

100_0798

Kek Tiramisu....erm...lazatnyer....:)) geram x uolsss dgn kek tiramisu ni?? geram kan...harussss...jd mari kita menggigihkan diri mencuba resepi di bawah ini...slamat mncuba ya uolsss....

Bahan-bahan ( satu famili nak bagi jiran pun boleh :) )

  • 2 keping kek span yg siap dipotong setebal 2 cm
  • 8 keping sponge fingers@biskut tiramisu
  • #Coffee Syrup - campur dan kacau rata
  • 300ml air panas
  • 4 tbsp gula caster
  • 1 tbsp coffee paste
  • 30 ml kahlua - (kahlua dlm resipi nih sejenis mexican coffee) optional
  • # Cheese cream
  • 250g Mascarpone cheese
  • 1 tbsp serbuk gelatin
  • 3 tbsp air panas
  • 250g fresh cream (whipped)
  • 250g whipping cream (whipped)
  • # Bahan untuk hiasan
  • sedikit serbuk koko
  • sedikit parutan coklat masakan

Cara-cara

  1. Untuk membuat Cheese Cream, cairkan serbuk gelatin dgn air panas dan kacau rata. ketepikan.
  2. Tuangkan campuran gelatin tadi ke dalam mascarpone cheese dan kacau rata. Kemudian masukkan pula fresh cream dan whipping cream satu per satu dan kacau rata lagi.
  3. Sediakan cake tin bersaiz 23cm dan letakkan sekeping kek span ke dalamnya. Kemudian sapukan kesemua permukaan kek menggunakan berus(yang bersesuaian) yg telah dicelup dengan coffee syrup tadi.
  4. Tuangkan separuh Cream Cheese tadi ke dalam tin kek. Celupkan biskut tiramisu ke dalam coffee syrup tadi dan susun atur ke dalam tin kek. Taburkan di atas biskut tadi dengan parutan coklat masakan.
  5. Kemudian letak sekeping kek span lagi di atasnya dan sapu/berus dengan coffee syrup tadi dan simpan di dalam peti ais selama 4 jam.
  6. Setelah 4 jam keluarkan dari peti ais dan sapukan permukaan atas kek dengan whipping cream dan tabur diatasnya serbuk koko sebagai hiasan.                
     

Tuesday, 12 November 2013

RESEPI APAM POLKA DOT

Hai semua!! (macam ramai je yg nk baca, hahaha prasan! ;p)

ekceli me bukak belog ni adalah untuk berkong si resepi dan nasihat utk kalian....(nasihat dan peringatan ni adalah untuk diri me juga...sama2 kita prihatin dan ingat mengingati....

oke lah...

HERE WE GO!



Ha....see! teruja x korang tgk ledibed tuh?? wana wani, kaler2...best kn?? sedap di mata, sedap juga utk dimakan...erm...yummy! slurrpppp..... ;))


APAM POLKA DOT

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur - dari peti sejuk gred A
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya ( nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak

 
itu lah resepinya.....
slamat mencuba!!

** Me pun tgh counting day utk menggigihkan diri nk cuba apam polka dot ni...tp ntah bila la ada masa yg "sesuai".....

** alahaiiiii.......